Close

Rakyat Malaysia kini boleh buat pembayaran melalui kod QR di Kemboja

Rakyat Malaysia kini boleh membuat pembayaran melalui kod QR di Kemboja dengan menggunakan KhmerQR (KHQR) melalui aplikasi bank terpilih.

Perkara tersebut diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas Bank Negara Kemboja (NBC) melancarkan fasa kedua perlaksanaan pembayaran QR rentas sempadan antara Malaysia dan Kemboja.

Dengan perlaksanaan tersebut, rakyat Malaysia kini boleh mengimbas KHQR menggunakan aplikasi pembayaran mudah alih tempatan yang terpilih. Inisiatif pembayaran rentas sempadan ini dijangka dapat mengukuhkan integrasi kewangan serantau serta jaringan pembayaran yang inklusif dan selamat.

Selain itu, usaha ini membuka jalan untuk transaksi rentas sempadan yang lebih mudah dan pantas serta dapat memperkukuhkan lagi kerjasama digital antara Malaysia dan Kemboja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN