Garmin Malaysia secara rasmi memperkenalkan jam tangan pintar baru iaitu Vivoactive 6 untuk pasaran tempatan. Vivoactitve 6 merupakan pengganti kepada model semasa dan tampil dengan sejumlah peningkatan spesifikasi yang lebih baik.

Garmin Vivoactive 6 hadir dengan rekaan bulat dengan skrin AMOLED bersaiz 1.2-inci yang dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 3. Peranti ini menyokong penarafan kalis air 5 ATM dan hanya seberat 23 gram sahaja.

Hadir dengan pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan secara terbina seperti pemantauan waktu tidur, HRV status, pengesanan tekanan, penjejakan kadar degupan jantung, HRV status, kitaran haid dan lain-lain. Selain itu, ia turut menyokong pelbagai mod sukan secara terbina seperti walking, running, cycling, pool swimming dan banyak lagi.

Dari segi ketahanan bateri, Garmin mendakwa Vivoactive 6 ini mampu bertahan sehingga 11 hari. Perantin ini turut dimuatkan dengan storan 8GB yang boleh digunakan untuk memuatkan lagu melalui aplikasi Spotify. Tidak ketinggalan, ia menyokong fungsi Garmin Pay melalui NFC dan boleh turut menyokong peranti Android dan iOS.
Di Malaysia, Garmin Vivoactive 6 dijual pada harga RM1499 dan ditawarkan dalam 6 pilihan warna iaitu Black/Slate, Bone/Lunar Gold, Jasper Green dan Pink Dawn. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula 18 April ini di semua pengedar rasmi Garmin Malaysia.