Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Facebook rasmi mereka menyatakan beberapa perkhidmatan mereka tidak boleh diakses pada 9 dan 10 Mei 2025.

Menurut BSN, gangguan perkhidmatan tersebut berlaku disebabkan oleh penyelanggaraan berjadual. Proses penyelenggaraan tersebut dilakukan pada jam 11:00 malam pada hari Jumaat, 9 Mei 2025 hingga 10:00 pagi, 10 Mei 2025.
Seiring dengan itu, BSN turut berkongsi perkhidmatan yang akan terjejas semasa proses tersebut. Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti perbankan internet myBSN, aplikasi myBSN Mobile dan transaksi kad debit.
Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, pengguna disarankan untuk melakukan urusan perbankan lebih awal.