Apple dijangka akan memperkenalkan siri iPhone 17 pada tahun ini. Berbeza dengan siri sebelumnya, Apple berkemungkinan akan memperkenalkan model baru iaitu iPhone 17 Air, tampil dengan rekaan yang nipis dan ringan.

Terbaru, iPhone 17 Air dilaporkan mempunyai ketebalan 5.5mm dengan berat sekitar 145gram sahaja. Dengan menggunakan rekaan yang nipis dan ringan, Apple mungkin akan menggunakan kapasiti bateri yang kecil pada iPhone 17 Air iaitu 2800mAh.
Namun begitu, Apple mungkin akan mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan teknologi bateri berketumpatan tinggi untuk meningkatkan kapasiti sekitar 15%. Selain itu, Apple mungkin akan memperkenalkan fungsi penjimatan bateri yang dikuasakan oleh AI bagi memaksimum jangka hayat bateri.
Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy S25 Edge yang mempunyai ketebalan 5.8mm dan berat 163gram dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 3900mAh.
Rekaan nipis dan ringan sememangnya menarik namun terdapat beberapa yang perlu dikorbankan seperti kapasiti bateri, kemampuan kamera dan sebagainya.