Nothing bakal memperkenalkan satu lagi peranti baru khusus untuk audio. Peranti baru yang akan diperkenalkan adalah fon kepala over ear, dijangka akan tiba pada tahun ini.
Nothing telahpun mengesahkan yang fon kepala pertama mereka sedang dibangunkan. Fon kepala ini dikatakan hadir dengan reka bentuk yang unik, sesuai dengan pendekatan Nothing yang sering tampil berbeza pada produk mereka. Selain itu, fon kepala ini akan dilengkapi dengan butang fizikal khas yang memudahkan pengguna untuk mengenalpasti semasa digunakan.
Tidak hanya reka bentuk yang unik, fon kepala ini dijangka akan menawarkan kualiti bunyi yang baik setanding peranti audio andalan. Dari segi harga jualan, fon kepala ini akan ditawarkan pada harga yang lebih murah berbanding Apple AirPods Max.
Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran untuk fon kepala pertama dari Nothing. Namun, terdapat laporan menyatakan ia mungkin akan diperkenalkan bersama Nothing Phone (3).