Sub-jenama vivo iaitu iQOO secara rasmi memperkenalkan peranti baru untuk pasaran tempatan melalui model Neo 10. Hadir dengan pelbagai peningkatan dan merupakan peranti pertama yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 di Malaysia.

iQOO Neo 10 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resoluis 1.5K dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB yang menyokong RAM expansion sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Peranti ini turut hadir dengan cip Q1 yang menawarkan pengalaman permainan yang lebih baik. Peranti ini akan hadir dengan ciri menarik seperti Games Super Resolution dan menyokong permainan sehingga 144 FPS.

Selain itu, ia turut hadir dengan sistem penyejukan 7K VC Cooling Chamber untuk pengurusan haba yang lebih baik. Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP.

Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. iQOO Neo 10 menjalankan sistem operasi FuntouchOS 15 berasaskan Android 15. Peranti ini turut hadir dengan beberapa fungsi AI seperti Circle to Search, AI Image Expander, AI Image Studio, AI Eraser, Live Call Translation, AI Note Assist dan sebagainya.

Untuk pasaran Malaysia, iQOO Neo 10 dijual pada harga bermula RM1999 (12GB + 256GB) dan RM2199 (16GB + 512GB). Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula hari ini di semua pengedar rasmi iQOO Malaysia.