Close

Adobe Photoshop versi Beta kini tersedia untuk pengguna Android

Selepas tersedia untuk pengguna iPhone dan iPad, Adobe kini turut memperkenalkan aplikasi Photoshop untuk pengguna Android.

Aplikasi tersebut kini tersedia dan boleh dimuat turun untuk pengguna Android namun ia masih diperingkat Beta. Bermaksud, aplikasi ini mungkin tidak stabil dan fungsi yang ditawarkan mungkin terhad.

Antara ciri yang ditawarkan adalah seperti Selection, Layers, Mask, Generative Fill, Remove dan Clone Stamp. Memandangkan aplikasi ini masih diperingkat beta semua ciri ini ditawarkan secara percuma. Untuk menjalankan aplikasi ini, peranti anda sekurang-kurangnya atau Android 11 ke atas dengan minimum 6GB RAM.

Seperti mana pada iPhone dan iPad, aplikasi ini akan ditawarkan dalam 2 versi iaitu percuma dan juga berbayar. Selain itu, lebih banyak ciri akan ditawarkan pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN