Close

iPhone 17 dan 17 Air mungkin guna paparan 120Hz

Dua model biasa iPhone seterusnya iaitu iPhone 17 dan iPhone 17 Air berkemungkinan akan menggunakan paparan 120Hz.

Berdasarkan dari laporan terkini, iPhone 17 dan iPhone 17 Air mungkin akan dilengkapi dengan paparan 120Hz. Namun begitu, kedua-dua model tidak akan menyokong ciri ProMotion. Bermaksud, paparan untuk iPhone 17 dan iPhone 17 Air mungkin terhad kepada 60Hz, 90Hz atau 120Hz dan tidak menggunakan skrin jenis LTPO.

Berbeza dengan ciri ProMotion yang ditawarkan pada model Pro yang menyokong paparan adaptif dari 1Hz hingga 120Hz. Ciri ini menurunkan paparan ke paras lebih rendah apabila memaparkan kandungan statik sekaligus dapat menjimatkan penggunaan bateri.

Selain itu, tidak dapat dipastikan adakah iPhone 17 dan iPhone 17 Air akan turut menyokong ciri Always On Display atau sebaliknya.

Walaupun kedua-dua model tidak menyokong ciri ProMotion namun dengan sokongan paparan 120Hz ia mungkin akan menjadi salah satu faktor pengguna naik taraf ke model tersebut. Dengan paparan yang lebih tinggi ia memberikan pengalaman menatal dan animasi yang lebih lancar.

ARTIKEL BERKAITAN