Selepas memperkenalkan WhatsApp untuk iPad, Meta akan turut memperkenalkan satu lagi aplikasi untuk iPad iaitu Instagram.
Aplikasi perkongsian gambar popular iaitu Instagram dikatakan telah dibangunkan dan diuji secara aktif oleh pasukan Meta untuk iPad. Permintaan aplikasi Instagram untuk iPad mempunyai permintaan yang tinggi namun tidak dapat dipastikan mengapa ia mengambil masa terlalu untuk diperkenalkan. Kualiti imej rendah dan paparan imej petak yang janggal dikatakan menjadi sebab Meta lewat memperkenalkan aplikasi ini.
Selain itu, isu dalaman antara pihak eksekutif Apple dan Meta juga dikatakan menjadi penyebab projek ini tertangguh. Instagram untuk iPad ini dijangka akan tersedia sebelum penghujung 2025.