Close

Apple Watch dengan Touch ID mungkin tiba tahun depan

Apple Watch generasi akan datang dijangka akan menerima perubahan dilengkapi dengan fungsi Touch ID.

Menurut laporan, terdapat perkataan ‘AppleMesa’ yang dikesan dalam kod dalaman pembangun Apple yang merujuk kepada kod lama Apple untuk Touch ID. Fungsi tersebut dikatakan akan tersedia seawal tahun 2026, berkemungkinan tiba bersama dengan Apple Watch Ultra 4.

Fungsi ini tidak akan tersedia pada Apple Watch yang akan diperkenalkan pada 2025 berikutan ia masih lagi di peringkat prototaip. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah fungsi tersebut akan diletakkan bawah skrin atau pada butang di bahagian sisi.

Kedudukan Touch ID pada butang sisi dilihat lebih pratikal berbanding bawah skrin. Selain itu, ketibaan fungsi ini akan menawarkan lebih banyak cara pengesahan berbanding sebelum ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN