vivo secara rasmi memperkenalkan set kepala Mixed Reality (MR) pertama mereka dikenali sebagai Vision Discovery Edition di China.

Dari segi rekaan, Vision Discovery Edition mirip seperti Apple Vision Pro menggunakan binaan logam dan juga visor untuk paparan utama. Terdapat juga butang digital crown yang digunakan untuk mengawal opacity dan tali knit pada bahagian belakang.

Peranti ini seberat 398 gram dengan ketinggian 83 mm dan tebal sekitar 40 mm, 26% lebih kompak berbanding peranti dalam segmen yang sama. Saiz yang kompak dan ringan ini memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik dan selesa.

Dilengkapi dengan skrin Dual Micro-OLED yang menyokong resolusi 8K binokular, DCI-P3 94% dan DeltaE<2. Untuk kawalan, ia menyokong isyarat tangan dan juga penjejakan mata. Peranti ini dikuasakan dengan cip Snapdragon XR2+ Gen 2 dan menjalankan sistem operasi OriginOS Vision.

Buat masa ini, Vision Discovery Edition hanya tersedia secara eksklusif untuk pasaran China sahaja. Malangnya, tiada maklumat mengenai harga jualan rasmi yang dikongsi oleh vivo.