Close

Spesifikasi Samsung Galaxy S25 FE tertiris

Samsung telahpun menjadualkan acara pelancaran pada 4 September ini, pada acara tersebut Galaxy S25 FE dijangka akan diperkenalkan.

Walaupun peranti tersebut lagi diumumkan, namun telah ada laporan mendedahkan spesifikasi peranti tersebut. Menurut maklumat tersebut, Galaxy S25 FE akan hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz.

Dikuasakan dengan cip Exynos 2400 yang dipadankan dengan 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB, bateri 4900mAh dan pengecasan 45W. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Ultra Lebar + 8MP Telefoto dan swafoto 12MP.

Dari segi rekaan, Galaxy S25 FE dilihat hadir dengan rekaan yang sama seperti Galaxy S25. Selain itu, ia dijangka akan menyokong ciri Galaxy AI dan Google Gemini. Pilihan warna yang mungkin akan ditawarkan adalah Navy, Jetblack, White, dan Icyblue.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN