Close

HUAWEI Mate XTs akan tiba pada 4 September ini

HUAWEI telah menjadualkan acara pelancaran untuk fon tri-lipat mereka iaitu Mate XTs pada 4 September 2025 di China.

HUAWEI Mate XTs merupakan pengganti kepada HUAWEI Mate XT yang diperkenalkan pada tahun lalu. Seiring dengan ketibaannya, HUAWEI telah berkongsi teaser mengenai peranti tersebut, tampil dengan rekaan yang lebih elegan dan premium dengan pilihan warna baru dan kemasan emas.

Berbeza dengan model sebelumnya, Mate XTs akan menyokong stylus untuk memberikan pengalaman produktiviti yang lebih baik sesuai dengan penawaran skrin yang besar. Masih mengekalkan kategori saiz yang sama namun dengan spesifikasi yang lebih berkuasa dan kemampuan kamera yang lebih baik.

HUAWEI Mate XTs mungkin akan ditawarkan dengan harga jualan yang sama seperti model sebelumnya iaitu sekitar CNY19,999 (RM11,774).

ARTIKEL BERKAITAN