Close

CMF Headphone Pro akan tiba pada 29 September ini

CMF melalui media sosial rasmi mereka mengesahkan ketibaan peranti baru yang dipanggil sebagai CMF Headphone Pro. Buat yang tidak mengetahui, CMF adalah sub-jenama kepada Nothing.

CMF telahpun menjadualkan acara pelancaran untuk peranti tersebut pada 29 September 2025. Headphone Pro akan menjadi fon kepala pertama yang ditawarkan oleh CMF. Sebelum ini, CMF sedia menawarkan beberapa produk TWS seperti Buds 2, Buds 2 Pro, Buds 2 Plus dan banyak lagi.

Untuk pengenalan Headphone Pro, CMF menggunakan tagline ‘Remix Everything’ yang memberi gambaran peranti ini akan hadir dengan pelbagai pekara menarik. Selain itu, terdapat video teaser yang dimuat naik memperlihat peranti tersebut dalam pilihan warna orange dan mint, selari dengan identiti CMF.

Selain itu, turut dapat dilihat butang kawalan, lampu notifikasi LED dan juga ruang untuk pengecasan melalui USB-C. Terdapat juga label ‘R’ dan ‘L’ yang diletakkan pada bahagian dalam fon kepala. Buat masa ini, tiada maklumat terperinci yang dikongsi oleh CMF. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN