Close

OnePlus 15 dikesan melepasi SIRIM Malaysia

OnePlus bakal memperkenalkan peranti andalan mereka tidak lama lagi selepas peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.

Melalui pengesahan tersebut, ia mendedahkan peranti andalan ini akan menggunakan nama OnePlus 15 dengan nombor model CPH2747. Peranti ini telah didaftarkan di bawah syarikat JIE BUSINESS SDN BHD pada 19 September 2025.

Maklumat ini turut mengesahkan yang OnePlus 15 akan ditawarkan ke pasaran global. Namun begitu, untuk pasaran China peranti ini menggunakan nombor model yang berbeza iaitu PLK110. Selain itu, peranti ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 jika merujuk kepada maklumat penanda aras Geekbench.

Malangnya, tiada maklumat terperinci mengenai peranti ini yang dikongsi buat masa ini. Kita mungkin boleh menjangkakan OnePlus 15 akan hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik dari segi pengecasan, prestasi, paparan dan juga kamera. OnePlus dijangka akan memperkenalkan peranti ini sekitar Oktober 2025.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN