Nothing secara rasmi mengumumkan sistem operasi baru mereka iaitu Nothing OS 4.0 yang dibina berasaskan Android 16.

Nothing OS 4.0 masih mengekalkan identiti yang sama namun dengan pelbagai penambahbaikan dari segi antara muka, prestasi dan juga pengalaman penggunaan. Sistem operasi ini tampil dengan antara muka yang lebih minimalis dan ringkas. Perubahan paling ketara adalah pada Quick Settings yang dilihat lebih kemas dengan beberapa butang kini lebih besar untuk akses pantas.
Ciri dark mode juga ditambah baik dengan kontras kini lebih jelas menjadikan nampak lebih moden dan selesa untuk mata. Kawalan untuk kecerahan untuk skrin kini lebih responsif dan terdapat lebih banyak pilihan untuk ciri Always-on Display (AOD).

Nothing OS 4.0 turut diintergrasikan dengan app optimization baru dan juga kemampuan multitasking yang lebih pantas dan responsif. Bukan itu sahaja, aplikasi kamera dan galeri telah direka semula dengan antara muka lebih ringkas dan susun atur yang lebih mudah untuk digunakan.
Nothing juga memperkenalkan AI Dashboard yang memaparkan data penggunaan ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI). Sistem operasi baru ini dijangka akan tiba tidak lama lagi dengan peranti pertama akan menerima kemas kini ini adalah Phone (3).
Nothing OS 4.0 akan turut diperluaskan kepada model terdahulu dan berapa peranti CMF. Malangnya, model fon pertama Nothing iaitu Phone (1) tidak akan menerima kemas kini ini.