Close

Samsung mungkin tawar fon tri-lipat ke pasaran Amerika Syarikat

Samsung dijangka akan memperkenal fon tri-lipat pertama mereka pada tahun ini. Sebelum ini, terdapat laporan mendedahkan peranti tersebut hanya akan dijual di Korea Selatan dan China sahaja, namun laporan terbaru mendedahkan perkara yang lebih menarik.

Menurut sumber dalaman, Samsung dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan peranti tersebut ke pasaran Amerika Syarikat (AS). Sekiranya laporan ini tepat, Samsung akan menjadi pengeluar pertama menawarkan fon tri-lipat di pasaran tersebut.

Setakat ini, HUAWEI merupakan satu-satunya pengeluar yang menawarkan fon tri-lipat secara komersil, namun terhad di beberapa pasaran tidak termasuk AS.

Fon tri-lipat dari Samsung dijangka akan dikenali sebagai Galaxy Z TriFold dan hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite. Galaxy Z TriFold akan menggunakan mekanisme lipatan yang berbeza dan lebih inovatif berbanding HUAWEI. Samsung berkemungkinan akan memperkenalkan peranti ini sekitar November 2025.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN