Close

Kerajaan tawar penggantian percuma untuk cip MyKad rosak – Bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025

Sebagai persediaan kepada perlaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95), kerajaan menawarkan penggantian cip MyKad rosak secara percuma bermula 23 Sepmtember hingga 7 Oktober 2025.

Langkah tersebut dibuat untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menerima manfaat subsidi disebabkan oleh masalah cip MyKad rosak ketika melakukan pengesahan di stesen minyak.

Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos penggantian cip MyKad rosak yang melibatkan perbelanjaan sekitar RM714,669, merangkumi pelbagai kos yang berkaitan. Berikutan dari itu, kerajaan menyeru rakyat memastikan kad pengenalan berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan sebarang masalah untuk sebarang urusan rasmi termasuk akses untuk bantuan kerajaan.

Dalam masa yang sama, kerajaan komited kepada prinsip kepedulian dan inklusiviti, memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menerima manfaat dijanjikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN