Close

Nothing OS 4.0 versi Beta kini tersedia untuk pengguna Nothing Phone (3)

Nothing OS 4.0 kini tersedia dalam versi beta untuk semua pengguna. Walau bagaimanapun, hanya tersedia pada beberapa model peranti sahaja buat masa ini.

Ketika ini, Nothing OS 4.0 versi Beta hanya tersedia untuk model Nothing Phone (3), Phone (2), Phone (2a) dan Phone (2a) Plus. Manakala untuk Phone (3a) dan (3a) Pro, kemas kini versi beta dijangka akan tersedia dalam beberapa minggu akan datang.

Nothing OS 4.0 dibina berasaskan kepada Android 16, masih mengekalkan identiti yang sama namun dengan pelbagai penambahbaikan dari segi antara muka, prestasi dan juga pengalaman penggunaan. Sistem operasi ini tampil dengan antara muka yang lebih minimalis dan ringkas.

Seperti namanya, versi beta mungkin tidak berapa stabil dan beberapa fungsi tertentu mungkin tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Berikutan dari itu, pengguna tidak digalakkan untuk memasang sistem operasi versi beta pada peranti utama.

ARTIKEL BERKAITAN