Adobe telah melancarkan aplikasi suntingan mudah alih Premiere untuk pengguna iPhone. Ketibaan aplikasi ini menandakan Adobe semakin serius untuk menjadi pencabar kepada aplikasi suntingan mudah alih lain seperti CapCut, Meta Edits dan lain-lain.

Aplikasi ini direka mengikut kepada kesesuaian peranti mudah alih tanpa perlu mengorbankan fungsi penting. Ditawarkan secara percuma dan hadir dengan pelbagai ciri suntingan yang hampir sama seperti versi komputer.

Walau bagaimanapun, untuk ciri tambahan dan juga janaan AI memerlukan pembelian kredit oleh pengguna. Melalui aplikasi mudah alih ini juga, pengguna boleh mengeksport kandungan terus ke platform seperti TikTok, YouTube Shorts atau Instgram.
Bagi yang berminat, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store. Adobe akan turut memperkenalkan aplikasi mudah alih Premiere kepada pengguna Android tidak lama lagi.