realme 15X menjadi model terbaru yang diperkenalkan di bawah siri realme 15. Hadir dengan spesifikasi menarik dengan bateri yang lebih besar dan penarafan yang lebih baik.

realme 15X hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.8-inci dengan resolusi HD+. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 1200 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256G yang turut menyokong mikroSD sehingga 2TB.
Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX852 dan 50MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 60W. Kemampuan kamera ini turut dibantuk dengan pelbagai ciri seperti AI Landscape, AI Eraser, AI Ultra Clarity 2.0, AI Glare Remover, AI Motion Deblur dan AI Image Matting.

realme 15X hanya sebal 8.2mm dan berat hanya 212 gram biarpun hadir dengan kapasiti bateri yang besar. Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan penarafan IP69 Pro, membolehkan peranti ini bertahan pada 36 jenis cecair dalam julat suhu 0°C hingga 85°C.
Di India, realme 15X ini dijual pada harga bermula INR16,999 (RM805) dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Aqua Blue, Marine Blue dan Maroon Red. Tidak dapat dipastikan adakah model ini akan ditawarkan ke pasaran tempatan atau sebaliknya.