Close

vivo V60 Lite 5G akan tiba di Malaysia tak lama lagi

vivo Malaysia melalui media sosial rasmi mereka mengesahkan V60 Lite 5G akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Seiring dengan itu, vivo Malaysia turut mendedahkan beberapa maklumat mengenai V60 Lite 5G. Peranti ini akan ditawarkan dengan dua pilihan warna baru dengan salah satunya adalah Pop Pink. Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan paparan 120Hz.

V60 Lite 5G akan dikuasakan dengan cip Dimensity 7360-Turbo dan dilengkapi dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W.

Malangnya, tiada maklumat terperinci yang dikongsi mengenai ketibaan dan juga harga jualan. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN