Close

Microsoft naikkan harga langganan PC Game Pass di Malaysia

Harga langganan untuk PC Games Pass di Malaysia meningkat kepada RM25 sebulan berbanding RM20 sebulan sebelum ini.

Kenaikkan harga langganan tersebut berkuat kuasa bermula Oktober 2025. Pada permulaan pengenalannya, PC Games Pass ditawarkan pada harga RM15 sebulan kemudian meningkat kepada RM20 sebulan dan kini menjadi RM25 sebulan.

Dalam tempoh dua tahun, harga langganan perkhidmatan ini menerima kenaikkan lebih 60%. Walau bagaimanapun, kenaikkan tersebut hanya terkesan kepada pengguna sedia ada sementara untuk pengguna baru tawaran promosi pada kadar RM5 untuk 14 hari masih lagi tersedia.

Sebelum ini, Microsoft telah memperkenalkan pelan langganan baru untuk penggunan global iaitu Xbox Game Pass Essential, Premium dan Ultimate.

ARTIKEL BERKAITAN