Pengasas AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A iaitu Tan Sri Tony Fernandes, mengumumkan telah menutup akaun media sosial di bawah Meta yang merangkumi Facebook, Instagram dan Threads.

Penutupan akaun media sosial tersebut disebabkan kecewa dengan penularan berita palsu dan penipuan (scam) yang menggunakan nama dan wajahnya tanpa kebenaran. Selain itu, kegagalan pihak Meta untuk membendung masalah tersebut dengan baik turut menjadi penyebab.
Keputusan tersebut bukan disebabkan oleh komen negatif yang diterima di media sosial. Menurut beliau, komen negatif yang diterima sering menjadi inspirasi untuk menjadi lebih baik.
Beliau sememangnya menyukai media sosial kerana memberi banyak pengalaman yang menarik. Seiring dengan penutupan itu, beliau mengucapkan terimah kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini, termasuk pengikut setia media sosialnya sejak awal.