Close

JPJ tawar diskaun saman 50% – Bermula 1 November 2025

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan diskaun 50% saman kepada semua pemilik kenderaan bagi menyelesaikan saman tertunggak dalam tempoh dua bulan, bermula 1 November hingga 30 Disember 2025.

Ketua Pengarah JPJ iaitu Datuk Aedy Fadly Ramli, menjelaskan diskaun tersebut meliputi semua jenis saman kecuali Automated Awareness Safety System (AWAS), Notis Siasatan 114, Notis Saman Bermeterai JPJ (P)23 atau 115) dan kes kompaun yang perlu dibawa ke mahkamah.

Untuk pembayaran, ia boleh dibuat melalui kaunter JPJ atau platform dalam talian, termasuk aplikasi MyJPJ serta saluran pembayaran digital yang lain. Orang ramai digalakkan untuk mengambil peluang ini berikutan tiada lagi diskaun untuk saman JPJ dan saman PDRM akan diberikan bermula 1 Januari 2026.

Kerajaan akan beralih kepada sistem pembayaran baru yang menekankan penyelesaian lebih cepat dengan kadar bayaran beperingkat berdasarkan kepada tempoh masa pembayaran.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN