Close

Siri HUAWEI nova 14 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1299

HUAWEI Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru di bawah siri nova 14. Melaluinya, ia hadir dengan tiga pilihan model iaitu HUAWEI nova 14HUAWEI nova 14 Pro dan HUAWEI nova 14i.

HUAWEI nova 14 dan 14 Pro hadir dengan rekaan baru yang diinspirasikan dari Star Orbit Ring. Dari segi spesifikasi, HUAWEI nova 14 Pro hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+ yang turut menyokong paparan 120Hz.

Dikuasakan dengan cip Kirin 8020 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP + 8MP.

Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan HUAWEI SuperCharge Turbo 100W. Menjalankan sistem operasi EMUI 15 dengan sokongan pelbagai ciri AI.

Untuk HUAWEI nova 14, ia dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.71-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Kirin 8000 yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Turut dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan 100W.

Dan model terakhir dalam siri ini adalah HUAWEI nova 14i, hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.95-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 680 yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan melalui USB-C.

Untuk pasaran Malaysia, HUAWEI nova 14 Pro dijual pada harga RM2399, nova 14 berharga RM1799 dan nova 14i berharga RM1299. Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi HUAWEI atau pengedar rasmi di seluruh Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN