Close

Perkhidmatan CIMB MyDebit tak boleh diakses pada 7, 8, 13 dan 15 November 2025

Perkhidmatan sistem CIMB MyDebit akan mengalami gangguan sementara pada 7, 8, 13 dan 15 November 2025. Gangguan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan berjadual untuk sistem MyDebit.

Seiring dengan itu, CIMB telah berkongsi maklumat penuh mengenai gangguan tersebut yang bermula pada 7 November bermula 2:00 pagi hingga 3:00, 8 November bermula 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi, 13 November bermula 3:30 pagi hingga 4:00 pagi dan 15 November bermula 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi.

Penyelenggaraan ini dilakukan untuk memastikan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada masa akan datang. Selain itu, CIMB turut menyatakan permohonan maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

ARTIKEL BERKAITAN