Fon lipat pertama dari Apple iaitu iPhone Fold mungkin dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding iPhone 17 Pro Max.

Menurut laporan, Apple sedang menguji kapasiti bateri antara 5400mAh hingga 5800mAh untuk iPhone Fold. Sekali gus, menjadikan ia peranti dengan bateri lebih besar berbanding iPhone 17 Pro Max yang menggunakan bateri 4832mAh atau 5088mAh untuk model eSIM.
Laporan tersebut turut menyatakan, Apple telah berjaya untuk meningkatkan kapasiti bateri iPhone Air daripada prototaip awal iaitu 3000mAh kepada kapasiti lebih besar dalam versi akhir. Jadi, perkara ini tidak mustahil untuk dilakukan pada iPhone Fold yang mungkin mencecah kapasiti 6000mAh pada versi akhir.
iPhone Fold dijangka akan diperkenalkan seawal 2026 dengan paparan utama bersaiz 7.58-inci dan skrin luar bersaiz 5.38-inci. Namun begitu, laporan lain mendedahkan Apple mungkin akan menangguhkan pelancarannya pada 2027.
(Sumber)