Close

Meta AI dah boleh guna di Malaysia – Ini yang anda perlu tahu

Meta AI kini boleh diakses oleh pengguna di Malaysia melalui laman web Meta.ai, membolehkan pengguna mencuba fungsi kecerdasan buatan generatif yang ditawarkan oleh Meta.

Meta AI dikuasakan dengan Llama 4 dan telah diintergrasikan ke dalam platform Meta seperti Facebook, Messenger, WhatsApp dan juga Instagram. Meta AI ditawarkan secara percuma dengan pengguna boleh mengakses pelbagai fungsi termasuk carian masa nyata, penjanaan kandungan teks, penciptaan imej dan video berdasarkan arahan pengguna.

Selain diakses melalui laman web, Meta AI turut boleh diakses dengan menekan ikon Meta AI pada aplikasi atau boleh menaip “@Meta AI” untuk memulakan perbualan atau mengaktifkannya. Meta dijangka memperluaskan integrasi Meta AI secara menyeluruh dalam semua aplikasi untuk pengguna iOS dan juga Android.

ARTIKEL BERKAITAN