Fon lipat pertama dari Apple mungkin akan menggunakan rekaan jenis ‘book-style’. Fon lipat ini dijangka akan diperkenalkan pada tahun depan bersama dengan siri iPhone 18.

Berdasarkan laporan terbaru, iPhone Fold tidak akan dilengkapi dengan ciri Face ID atau pengimbas cap jari bawah skrin sebaliknya menggunakan pengimbas cap jari pada butang kuasa yang mungkin sama seperti Touch ID.
Skrin utama untuk iPhone Fold dikatakan bersaiz 7.58-inci dengan kamera swafoto bawah skrin. Manakala, untuk skrin luar pula bersaiz 5.25-inci dengan kamera swafoto. Selain itu, iPhone Fold akan dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dan menggunakan teknologi engsel yang kukuh untuk memberi ketahanan yang lebih baik.