Close

OpenAI umum ChatGPT Images versi baru – Jana imej 4 kali lebih pantas

OpenAI mengumumkan ChatGPT Images versi baru yang lebih pantas dan lebih konsisten. Seperti namanya, ciri ini memfokuskan kepada janaan imej.

Menurut OpenAI, ChatGPT Images versi baru ini adalah empat kali ganda lebih pantas berbanding sebelumnya. Bukan itu sahaja, versi baru ini lebih memahami arahan pengguna dengan lebih tepat melibatkan suntingan imej.

ChatGPT Images menawarkan pelbagai kemampuan seperti menambah, membuang atau menukar imej tanpa menghilangkan visual asal, sesuai untuk kegunaan pratikal. Selain itu, terdapat juga penuras gaya dan idea membolehkan pengguna menghasilkan imej tanpa menulis arahan panjang.

ChatGPT Images versi baru boleh diakses secara terus melalui ChatGPT tanpa sebarang bayaran tambahan dan telahpun tersedia secara berperingkat kepada semua pengguna di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN