Close

OnePlus 15R diumumkan – Guna cip Snapdragon 8 Gen 3 dan bateri 7400mAh

OnePlus mengumumkan model baru untuk pasaran global iaitu OnePlus 15R. Peranti ini merupakan model yang sama OnePlus Ace 6T untuk pasaran China namun dengan perubahan spesifikasi yang sedikit berbeza.

OnePlus 15R hadir dengan skrin OLED besaiz 6.7-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 165Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDRR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 7400mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W, berbeza dengan OnePlus Ace 6T ia menggunakan kapasiti bateri yang lebih besar 8300mAh dan pengecasan lebih pantas 100W.

Spesifikasi lain, ia hadir dengan penarafan IP68, IP69, IP69K, pengimbas cari bawah skrin ultrasonik, WiFi 7, Bluetooth 6.0 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16.

OnePlus 15R dijual pada harga bermula sekitar $699.99 (RM2860) untuk 12GB + 256GB dan $799.99 (RM3269) untuk 16GB + 1TB. Peranti ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Charcoal Black, Electric Purple dan Mint Breeze.

ARTIKEL BERKAITAN