realme akhirnya berkongsi tarikh pelancaran untuk siri realme 16 Pro iaitu pada 6 Januari 2026.

Seiring dengan perkongsian tersebut, realme turut mendedahkan kedua-dua model iaitu realme 16 Pro dan 16 Pro+ akan dilengkapi dengan kamera utama 200MP. Menurut realme, sensor utama tersebut menyokong full-pixel auto zoom yang membolehkan perincian dan kualiti imej dikekalkan dengan lebih baik.

Selain itu, realme turut memperkenalkan enjin pemprosesan imej baru iaitu LumaColor Image, khusus untuk model paling premium 16 Pro+. LumaColor Image menjanjikan hasil imej yang lebih semula jadi dengan pencahayaan dan tekstur yang lebih realistik.
Selain itu, peranti ini turut akan dilengkapi dengan beberapa ciri untuk fotografi seperti HyperRAW, InstantSnap dan Anti-Disortion. Sebelum ini, realme telahpun berkongsi secara rasmi rekaan untuk siri realme 16 Pro.