Close

WhatsApp dilaporkan menguji pelan langganan berbayar

WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan pelan langganan berbayar untuk memberikan pengalaman bebas iklan.

Cirit tersebut telan dikesan pada WhatsApp versi Beta untuk Android dengan nombor binaan 2.26.3.9. Melalui pelan langganan berbayar ini, tiada iklan akan dipaparkan pada bahagian Status dan Saluran.

Walau bagaimanapun, pelan langganan tersebut dikatakan hanya tersedia untuk pengguna di Eropah dan United Kingdom bagi mematuhi peraturan digital di negara tersebut.

Selain itu, langganan ini adalah bersifat pilihan, bermaksud pengguna boleh memilih untuk menggunakan WhatsApp secara percuma dengan iklan atau tanpa iklan melalui bayaran langganan.

Bermula pada tahun lalu, WhatsApp mula memperkenalkan iklan yang dimuatkan pada bahagianUpdates (ruangan Status dan Channels). WhatsApp menegaskan semua iklan hanya dipaparkan dalam bahagian Updates dan tidak akan dipaparkan dalam perbualan, panggilan, atau kumpulan. Selain itu, mesej peribadi dan aktiviti pengguna tidak digunakan untuk tujuan iklan.

Buat masa ini, pelan langganan berbayar ini masih dalam fasa pembangunan dan tiada maklumat tepat mengenai ketibaannya.

ARTIKEL BERKAITAN