Menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026 yang bakal berlangsung dari 4 hingga 22 Februari ini, Samsung secara rasmi telah memperkenalkan Galaxy Z Flip7 Olympic Edition.

Galaxy Z Flip7 Olympic Edition merupakan peranti edisi terhad dan direka khas untuk meraikan semangat kesukanan dan kecemerlangan para atlet dunia. Peranti ini akan diberikan secara percuma kepada semua atlet yang bertanding iaitu kira-kira 3800 atlet dari 90 buah negara.

Peranti edisi terhad ini hadir dengan rekaan yang menarik bertemakan warna biru dan emas. Warna biru melambangkan identiti budaya itali serta semangat perpaduan. Manakala warna emas pula melambangkan simbol kecermalangan dan kemenangan. Aksesori khas iaitu kerangka magnet turut dihiasi dengan daun berwarna emas.

Selain itu, peranti ini turut didatangkan perisian khas dengan antara muka bertemakan Olimpik, aplikasi khas Olimpik seperti Athlete365 dan PinQuest , Galaxy Athlete Card dan juga data percuma sebanyak 100GB.1
Galaxy Z Flip7 Olympic Edition bukan sekadar sebuah telefon lipat, tetapi simbol penghargaan Samsung terhadap dunia sukan dan semangat Olimpik. Peranti ini akan mula diserahkan kepada semua atlet bermula 30 Januari 2026.