vivo X200T menjadi peranti terbaru yang diperkenalkan di bawah siri X200. Model ini diposisi sebagai peranti andalan versi bajet yang menawarkan sistem kamera Zeiss, rekaan yang premium dan kapasiti bateri yang besar.

vivo X200T dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9400+ yang dipadankan dengan 12GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar dan 50MP Telefoto dengan 3x zum optik dan swafoto 32MP. Kemampuan kamera ini turut dibantu dengan kerjasama dari Zeiss.

Dimuatkan dengan bateri 6200mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 40W tanpa wayar. Bateri ini menggunakan teknologi semi-solid state generasi ketiga, membolehkan kapasiti bateri dipertingkatkan dengan saiz yang lebih nipis dan tahan kepada cuaca ekstrem.
Peranti ini menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16. vivo menjanjikan sokongan kemas kini untuk sistem operasi sehingga 5 tahun dan keselamatan sehingga 7 tahun.
Buat masa ini, vivo X200T hanya tersedia untuk pasaran India sahaja dan ditawarkan dalam dua pilihan warnaStellar Black dan Seaside Lilac. Di India, vivo X200T dijual pada harga bermula INR59,999 (RM3101).