Close

Apple bagi kemas kini baru untuk iPhone 5s

Apple secara tiba-tiba melepaskan kemas kini terbaru untuk model yang telah diperkenalkan 13 tahun lalu.

Kemas kini ini ditawarkan untuk peranti yang tidak lagi menyokong iOS vers terkini dan peranti yang terlibat adalah iPhone 5s, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Tidak hanya iPhone, kemas kini perisian turut tersedia untuk iPad Air generasi pertama, iPad mini, iPad mini 3 dan juga iPod Touch generasi keenam.

Kemas kini ini tidak membawakan sebarang ciri baru seperti Apple Intelligence sebaliknya untuk melanjutkan tempoh sah digital bagi membolehkan perkhidmatan asas seperti iMessage dan FaceTime terus berfungsi sehingga 2027.

Penawaran kemas kini membuktikan komitmen Apple dalam memberikan sokongan perisian paling lama dalam industri telefon pintar. Sebagai rekod, iPhone 5s diperkenalkan pada September 2013 merupakan iPhone pertama menggunakan teknologi biometrik melalui Touch ID.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN