Close

iQOO 15 Ultra akan diperkenalkan pada 4 Februari ini

Selepas pelbagai spekulasi, iQOO akhirnya berkongsi tarikh ketibaan peranti baru mereka iQOO 15 Ultra pada 4 Februari ini.

iQOO 15 Ultra bakal hadir dengan pelbagai perkara menarik merangkumi rekaan, spesifikasi dan juga ciri yang memfokuskan kepada permainan. Berdasarkan dari laporan yang tertiris, peranti ini akan dimuatkan dengan sistem kipas penyejuk terbina dengan shoulder button, untuk memberikan pengalaman permainan dan kawalan yang lebih baik seperti konsol.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB dan storan dalaman 1TB. Menggunakan bateri 7400mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Spesifikasi lain, peranti ini akan dilengkapi dengan skrin jenis rata bersaiz 6.85-inci dengan resolusi 2K dan menggunakan tetapan tri-kamera belakang.

ARTIKEL BERKAITAN