Meta syarikat induk kepada Facebook, Instagram dan WhatsApp dilaporkan sedang menguji langganan permium untuk aplikasi mereka.

Langganan ini dikatakan hadir dengan beberapa ciri eksklusif, fungsi AI yang lebih menarik serta kawalan privasi yang lebih baik. Selain itu, langganan ini berbeza dengan Meta Verified yang memfokuskan kepada keselamatan dan juga lencana pengesahan.
Langganan premium ini direka untuk pengguna biasa, pencipta kandungan dan juga untuk perniagaan. Pengguna mempunyai pilihan untuk melanggan atau menggunakan aplikasi secara percuma. Meta turut menyatakan, ciri asas untuk semua aplikasi akan kekal percuma.
Buat masa ini tiada maklumat terperinci mengenai harga langganan dan ciri yang akan ditawarkan melalui langganan premium.