Close

Telsa Supercharger kini boleh digunakan pada EV bukan Tesla – Lokasi terpilih dengan caj RM1.80 setiap kWh

Rangkaian Tesla Supercharger di Malaysia kini boleh digunakan untuk kenderaan elektrik (EV) bukan jenama Tesla. Bermaksud, jenama atau pengeluar lain kini boleh menggunakan Tesla Supercharger untuk mengecas.

Walau bagaimanapun, servis atau perkhidmatan tersebut hanya tersedia di beberapa lokasi terpilih sahaja antaranya di Gamuda Cove (Dengkil), IOI City Mall (Putrajaya), Pavilion KL (Kuala Lumpur) dan i-City Finance Avenue (Shah Alam).

Untuk EV jenama bukan Tesla, kadar caj yang dikenakan adalah sekitar RM1.80 untuk setiap kWh. Sebagai perbandingan, kadar caj yang dikenakan untuk EV Tesla adalah RM1.25 untuk setiap kWh. Selain itu, terdapat caj kesesakan dikenakan iaitu sehingga RM2.00 untuk seminit, sekiranya stesen pengecasan sedang sibuk.

Rangkaian Tesla Supercharger menyokong kelajuan pengecasan sehingga 250 kW. Untuk mula mengecas, pengguna atau pemilik EV bukan Tesla perlu memasang aplikasi Tesla dan membuat pendaftaran akaun.

Sokongan atau langkah ini dilihat selaras dengan syarat yang dikenakan pada Tesla melalui program BEV Global Leaders yang mewajibkan sekurang-kurangnya 30% pengecasan pantas DC menyokong EV dari pengeluar lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN