HUAWEI Malaysia telahpun menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu Mate 80 Pro pada 12 Mac ini.
HUAWEI akhirnya membawa kembali model ‘Mate’ ke pasaran tempatan, model terakhir yang ditawarkan secara rasmi di Malaysia adalah siri Mate 50. Peranti ini bakal menjadi pencabar kepada peranti andalan lain.
Mate 80 Pro bakal hadir dengan LTPO OLED bersaiz 6.75-inci dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak sehingga 8000 nits dan dilindungi dengan Kunlun Glass generasi kedua.

Dikuasakan dengan cip Kirin 9030 dan turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP apertur boleh ubah F/1.4–F/4.0 + 40MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri 5750mAh yang menyokong 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Selain Mate 80 Pro, HUAWEI akan turut memperkenalkan TWS iaitu FreeBuds Pro 5. TWS ini akan dilengkapi dengan teknologi Dual-Engine AI Noise Cancellation dan menyokong lossless audio serta HUAWEI Sound untuk pengalaman audio yang lebih baik.
Seiring dengan ketibaannya, HUAWEI telahpun membuka pra-tempahan awal untuk model tersebut. Pra-tempahan ini hadir dengan hadiah percuma benilai RM2115 dan rebat baucar 15% untuk produk audio.