Close

WhatsApp uji ciri ‘Guest Chat’ – Sembang tanpa perlu akaun

WhatsApp kini menguji fungsi baru yang dipanggil sebagai ‘Guest Chats’ yang membolehkan pengguna bersembang tanpa memerlukan akaun WhatsApp.

Melalui ciri ini, pengguna boleh mencipta pautan jemputan khas untuk memulakan perbualan dengan individu yang tidak mempunyai akaun. Pengguna hanya perlu membuka pautan melalui pelayar web untuk memulakan perbualan tanpa perlu pasang aplikasi atau mendaftar akaun baru.

Menurut laporan, ciri ini sedang diuji pada skala kecil melalui pengguna WhatsApp beta untuk Android dan iOS serta turut disokong menerusi WhatsApp Web. Walau bagaimanapun, ia tidak menyokong fungsi utama WhatsApp seperti menghantar media, panggilan suara atau video dan tidak boleh menyertai kumpulan.

Ciri ini hanya membenarkan pengguna menghantar mesej teks asas sahaja dan akan dinyahaktifkan secara automatik selepas 10 hari tidak aktif. Selain itu, ciri ini turut dilindungi dengan fungsi keselamatan end-to-end encryption (E2EE) dan pengguna mempunyai pilihan untuk menyekat tetamu.

Ciri ini dijangka akan ditawarkan kepada semua pengguna global, namun buat masa ini tiada maklumat mengenai ketibaannya.

ARTIKEL BERKAITAN