Close

Antigravity A1 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM6099

Antigravity secara rasmi memperkenalkan dron pertama mereka yang dipanggil sebagai A1. Menarik mengenai A1 adalah, ia merupakan dron pertama di dunia yang menyokong rakaman 360 darjah dengan resolusi sehingga 8K.

Antigravity A1 dibangunkan dengan kerjasama Insta360, hadir dengan tetapan dwi-kamera untuk yang diletakkan pada bahagian atas dan bawah bagi membolehkan ia merakam semua sudut sekeliling. Dilengkapi dengan sensor 1/1.28-inci yang mampu menghasilkan imej sehingga 55MP serta rakaman video sehingga 8K.

Berat Antigravity A1 hanya 249 gram sahaja menjadikan ia mudah untuk dibawa dan melepasi kebanyakan peraturan penerbangan dron di kebanyakkan negara. Dilengkapi dengan teknologi FreeMotion, membolehkan kawalan dilakukan dengan hanya menunjuk arah untuk terbang.

Peranti ini ditawarkan bersama aksesori vision googles untuk paparan FPV yang imersif dan grip controller untuk kawal pergerakan dron. Sistem kawalan grip controller ini mirip seperti alat kawalan yang digunakan pada kapal terbang.

Selain itu, ia turut hadir dengan beberapa ciri pintar seperti Fly First, Frame Later dan Sky Genie. Untuk fly first, frame later, ia membolehkan pengguna memilih sudut terbaik ketika proses suntingan. Manakala sky genie, membolehkan pengguna melakukan gerakan kompleks seperti Arc Shot, Spiral Ascent dan Oval Orbit dengan hanya satu klik.

Terdapat juga fungsi keselamatan seperti return-to-home, sistem keselamatan penerbangan dan payload detection system untuk menghalang pengubahsuaian tanpa kebenaran. AntiGravity A1 mampu bertahan sehingga 24 minit penerbangan dengan bateri standard dan mencapai sehingga 39 minit dengan bateri berkapasiti tinggi.

Untuk pasaran Malaysia, Antigravity A1 ditawarkan pada harga bermula RM6099 untuk Standard Bundle, RM6999 untuk Explorer Bundle dan RM7499 untuk Infinity Bundle.

Sempena ketibaannya, peranti ini ditawarkan pada harga promosi iaitu RM4879 untuk Standard Bundle, RM5599 untuk Explorer Bundle dan RM5999 untuk Infinity Bundle.

ARTIKEL BERKAITAN