Close

iPhone Fold mungkin tiba lewat dari jangkaan

Apple dilaporkan menghadapi masalah dalam pembangunan untuk menghasilkan fon lipat pertama mereka.

iPhone Fold dikatakan menghadapi beberapa masalah kejuruteraan dalam fasa ujian awal. Perkara tersebut berpotensi menyebabkan pengeluaran besar-besaran dan penghantaran awal ditangguhkan. Namun begitu, ini bukan kali pertama terdapat laporan mendedahkan fon lipat pertama dari Apple ditangguhkan.

Merujuk beberapa laporan sebelum ini, Apple dikatakan sangat berhati-hati dalam pembangunan fon lipat pertama bagi memastikan tiada sebarang masalah dihadapi selepas peranti tersebut dilancarkan. Berikutan itu, Apple memerlukan masa yang lebih panjang bagi memastikan produk yang dihasilkan tidak mempunyai masalah yang kritikal.

Walau bagaimanapun, status sebenar mengenai fon lipat pertama dari Apple masih tidak diketahui. Sekiranya, laporan ini tepat iPhone Fold mungkin tiba lewat dari jangkaan sepatutnya iaitu September 2026.



ARTIKEL BERKAITAN