WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan ciri baru untuk meningkatkan kualiti panggilan dalam aplikasi mereka.

Ciri ini dipanggil sebagai noise cancellation, tapis bunyi latar secara automatik untuk memastikan suara pengguna lebih jelas dan lebih baik semasa menjawab panggilan. Sebagai contoh, sekiranya anda berada di kawasan ramai orang atau bising ciri ini akan menapis bunyi latar secara automatik.
Pengguna mempunyai pilihan untuk mengaktifkan atau mematikan ciri ini pada bila-bila masa mengikut kepada keperluan. Walau bagaimanapun, ciri ini diaktifkan secara automatik apabila ia tersedia. Selain itu, ciri ini tersedia untuk panggilan suara dan juga video.
Ciri ini telahpun diuji secara berperingkat dan hanya tersedia untuk pengguna Beta WhatsApp untuk Android. Tidak dapat dipastikan bilakah ciri ini akan tersedia untuk semua pengguna secara global.