Close

AmBank tambah sokongan Apple Pay untuk kad debit

Ambank Group mengumumkan pembayaran digital melalui Apple Pay kini turut menyokong kad debit. Sebelum ini, pembayaran tersebut hanya terhad untuk pengguna kad kredit sahaja.

Melaluinya, AmBank mengintergrasikan pembayaran melalui Payments Network Malaysia (PayNet) yang merupakan pengendali kepada sistem MyDebit. Intergrasi ini membolehkan kedua-dua kad iaitu kredit dan debit disambungkan kepada Apple Pay.

AmBank menjadi bank terawal yang meingtergrasikan Apple Pay melalui sistem pembayaran PayNet. Sokongan ini membolehkan pengguna kad MyDebit AmBank membuat transaksi dengan lebih mudah melalui Apple Pay di pelbagai premis, aplikasi mudah alih atau laman web.

Bagi mengalakkan penggunaanya, AmBank menawarkan kempen pulangan tunai terhad dengan syarat pelanggan melakukan sekurang-kurangnya tiga transaksi bernilai minimum RM30 setiap satu dalam tempoh sebulan layak menerima pulangan tunai RM30.

ARTIKEL BERKAITAN