OPPO akan turut diperkenalkan satu lagi model iaitu Find X9s ke pasaran global. Menariknya, model ini akan turut tiba ke pasaran tempatan bersama dengan Find X9 Ultra.

Seiring dengan ketibaannya, beberapa maklumat mengenai peranti ini telahpun dikongsi. OPPO Find X9s dilhat hadir dengan rekaan yang sama Find X9 dan Find X9 Pro namun dengan pilihan warna yang lebih menarik.

Pilihan warna jingga dijangka akan menjadi perhatian memandangkan warna tersebut boleh dianggap sebagai trend ketika ini. OPPO Find X9s akan dilengkapi dengan skrin hadapan jenis rata dengan bezel yang nipis sekitar 1.15mm sekaligus menjanjikan pengalaman skrin yang imersif.

Selain itu, peranti ini akan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 7025mAh dan hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP serta penjenamaan Hasselblad.