RedMagic secara rasmi memperkenalkan siri RedMagic 11S Pro di China. Model yang diperkenalkan adalah RedMagic 11S Pro dan 11S Pro+, kedua-dua peranti hadir dengan beberapa peningkatan menarik seperti sokongan cip yang lebih berkuasa serta sistem penyejukan dipertingkat.

Siri RedMagic 11S Pro dan 11S Pro+ dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Leading Version yang lebih berkuasa dengan kelajuan sehingga 4.74 GHz. Untuk RedMagic 11S Pro, ia hadir dengan konfigurasi memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB, manakala untuk 11S Pro+ ia hadir dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X Ultra bersama storan dalaman 1TB UFS 4.1.

Siri RedMagic 11S Pro menggunakan skrin AMOLED BOE X10 bersaiz 6.85-inci dengan resolusi 1.5K dan paparan 144Hz. Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan kamera swafoto 16MP yang diletakkan di bawah skrin.

Untuk kapasiti bateri, RedMagic 11S Pro dimuatkan dengan bateri 8000mAh yang menyokong pengecasan 80W. Manakala, RedMagic 11S Pro+ pula dimuatkan dengan bateri 7500mAh yang dipadankan dengan 120W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Dari segi sistem penyejukan, RedMagic 11S Pro+ hadir dengan sistem penyejuk cecair dengan kipas fizikal berkelajuan 24,000 RPM. Manakala untuk 11S Pro hanya dilengkapi sistem kipas penyejuk fizikal. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan shoulder trigger, bicu audio 3.5mm, penarafan IPX8 dan menjalankan RedMagic OS 11.5 berasaskan Android 16.
RedMagic 11S Pro ditawarkan pada harga sekitar CNY5499 (RM3570). Manakala untuk RedMagic 11S Pro+ pula bermula sekitar CN6199 (RM4030) dan mencecah sehingga CNY7999 (RM5,200) untuk varian paling tinggi.