Close

CMF Phone 3 Pro mungkin tiba lewat dari kebiasaan

CMF Phone 3 Pro dijangka tiba lebih lewat dari kebiasaan selepas terdapat laporan menyatakan pelancaran peranti tersebut mungkin ditangguhkan.

Merujuk kepada laporan, CMF Phone 3 Pro dijangka tiba sekitar suku ketiga tahun ini, berkemungkinan antara sekitar Ogos hingga September. Sebagai rekod, kitaran model kini sepatutnya diperkenalkan pada bulan ini.

Namun apa yang lebih menarik, Nothing mungkin akan memperkenalkan model mampu milik di bawah jenama Nothing terlebih dahulu sebelum CMF Phone 3 Pro.

Bercakap mengenai spesifikasi, CMF Phone 3 Pro dijangka hadir dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan 45W. Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang, skrin AMOLED dan menggunakan bingkai dari binaan logam.

Walau bagaimanapun, buat masa ini Nothing belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran untuk peranti ini.

ARTIKEL BERKAITAN