realme 16T menjadi model terbaru dalam siri realme 16 yang memfokuskan kepada jangka hayat bateri yang lebih panjang dan rekaan yang lebih tahan lasak.

realme 16T hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.8-inci dengan resolusi HD+ dan menyokong paparan 144Hz serta kecerahan puncak 1200nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB yang menyokong slot mikroSD sehingga 2TB.

Perkara menarik mengenai peranti ini adalah pada kapasiti bateri, dimuakan dengan 8000mAh yang mampu bertahan sehingga 3 hari untuk satu pengecasan. Menyokong pengecasan pantas 45W berwayar dan juga pengecasan berbalik 15W, boleh digunakan sebagai bank kuasa.
Dari segi fotografi, peranti ini hadir dengan sensor utama 50MP Sony IMX852 bersama dengan 2MP sensor monokrom dan juga 16MP untuk swafoto. Kemampuan kamera ini turut hadir dengan beberapa ciri AI seperti AI Potrait Glow dan lain-lain. Selain itu, peranti ini turut menyokong penarafan IP66, IP68, IP69, IP69K dan IP69 Pro, sistem penyejukan dan pengimbas cap jari pada butang kuasa.

realme 16T ditawarkan dalam pilihan warna Aurora Green, Starlight Black, dan Starlight Red. Dari segi harga jualan, ia dijual pada harga bermula INR29,999 (RM1503) dengan jualan rasmi akan bermula di India pada 27 Mei.